Tuesday 25 October 2011

Promosi Di MRSM Transkrian

Salam 1 Malaysia buat semua pengunjung dan pembaca sekalian. Promosi seterusnya ini di adakan semperna PERTANDINGAN TUNAS SAINTIS MRSM SE-MALAYSIA KALI KE 20

Tarikh : 23-24 Oktober 2011
Jam : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Perkarangan MRSM Transkrian Nibong Tebal

 Staf yang terlibat adalah :-
(Ahad) Pn. Azariah, Nor Azlinda, Yusnita, Jamilah, Rubiana, Siti Fitrah, Mohd. Noor "Br2" dan juga Farhan
(Isnin) Pn. Nor Hayati, Nor Azlinda, Sharizal Hapimi, Haslinda Khamis, Zam Zam, Asiah, Baharom "Br4" dan Ishak Zainol.












Saturday 22 October 2011

Jemputan Ke Fiesta makanan

Jom ramai-ramai memeriahkan Fiesta Makanan yang julung-julung kalinya diadakan ini...

Tuesday 27 September 2011

Program Bersama Perpustakaan Desa

Assalamualaikum dan salam1 Malaysia buat semua pembaca/pelawat yang saya kasihi sekalian.Terima kasih diatas sokongan anda selama ini.Sebarang teguran membina amatlah dialu-alukan semoga saya akan terus aktif menyebarkan info/ maklumat-maklumat @ aktiviti berkaitan perpustakaan ini buat semua.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pihak Sekolah Kebangsaan Keledang Jaya di atas jemputan bagi mengadakan aktiviti di sekolah tersebut.

Tarikh : 28 September 2011
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Keledang Jaya
Masa : 8.30 pagi

Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya Bina Perkataan, Find The Word Hidden, Mewarna Kanak-kanak Pra Sekolah dan Tahap 1, Chicken Dance, serta sedikit aktiviti kecergasan.Sambutan amat menggalakan. seramai 242 pelajar yang terlibat.



Banyak lagi gambar-gambar yang belum sempat di upload.. nantikan....

Monday 5 September 2011

JaMuAn HaRi RaYa & SaMbUtAn HaRi JaDi KaKiTaNgAn PPAPP

Pada : 5 September 2011
Jam : 12.00 Tengahari
Tempat : Ruang Legar PPAPP




Tuesday 9 August 2011

Promosi & Door To Door

Tempat : Tadika Nurul Falah
Taman Berjaya Nibong Tebal
 Tarikh : 10 Ogos 2011

Door To Door kali ini diadakan   di Tadika Nurul Falah. Bulan puasa tidak menghalang semangat kami mengadakan aktiviti luar, tambahan pula ia merupakan permintaan dari Pengetua  sekolah itu sendiri. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Bas Bergerak 4, En Baharom, Farhan,  Staf Bas E- Pustaka, dan pembantu perpustakaan Sungai Acheh Mariam Md. Noor  kerana sudi membantu menjayakan program kali ini. Antara aktiviti yang dijalankan  Promosi Baby Book, Colour By Code, Chicken Dance, Permainan Multimedia dan aktiviti melawat bas bergerak dan juga bas E- Pustaka. Bersama-sama ini disertakan gambar yang sempat dirakamkan sewaktu program dijalankan.


Tekun menyiapkan tugasan yang diberi
Melawat bas E-Pustaka
Masing-masing seronok dapat menggunakan perkhidmatan E- Pustaka
Sedikit cenderamata buat adik-adik yang bertuah

Saturday 30 July 2011

Kehadiran Yang Dinanti-nantikan

Ah lan Wa Sahlan.... Ya Ramadhan...
Marilah kita tingkatkan amal ibadat kita semperna bulan yang mulia yang penuh keberkatan ini...
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang membaca blog saya ini. Moga di bulan Ramadhan ini, kita sama-sama mempertingkatkan ketaatan kita kepada segala perintah Allah SWT mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.




Next promosi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat semua. Destinasi promosi kali ini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal semperna Hari Terbuka Asrama dan Keusahawanan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput kami. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar. Disertakan beberapa keping gambar yang dapat di rakamkan sepanjang program berlangsung.




Friday 22 July 2011

BaBy DoLL CraftS


Aktiviti : Baby Doll Crafts
Tarikh : 22 Julai 2011
Jam : 2.45 petang

 

Tuesday 19 July 2011

Permainan Tradisional

 "TaK LaPuK DeK HuJaN TaK LeKanG DeK PaNaS" 

Salam 1 Malaysia buat semua. Memandangkan Jumaat lepas Kaklynn kena bertugas di Karnival Sehari Bersama Perpustakaan, jadi kemarin adik-adik kt library nie ajak juga buat xtvt.Gantian aktiviti minggu lepas la nie...
Masyarakat kita masih lagi ingat dan bermain permainan ini. Tetapi ia semakin dipinggirkan terutama oleh golongan muda negara ini. Mereka lebih gemar bermain permainan moden dari permainan tradisional. Oleh yang demikian Kaklynn memilih untuk bermain permainan ini.. Happenning sangat...lama tak main tercungap-cungap jadinya...

Aktiviti : Tuju Kasut
Tarikh : 19 Julai 2011 (Selasa)
Jam : 5.00 petang



Ciliiiiiiiiii !! jeritan penuh emosi tatkala selipar dah tegak berdiri. Tanda kemenangan dan menambah lagi mata kemenangan..

Monday 11 July 2011

Aktiviti . . .

Aktiviti : On Your Bike Words Hidden
Tarikh : 8 Julai 2011
Jam : 3.35 petang



Friday 1 July 2011

Karnival Sehari Bersama Perpustakaan

Dijemput  semua hadir ke Karnival Sehari Bersama Perpustakaan. Jom pakat mai ramai-ramai.... Pelbagai aktiviti menarik menanti anda..
Antaranya Pertandingan Memasak

"JAGUH KUALI TERBANG, RIUH SEKAMPUNG, PERIUK MELAYANG"

Datang jangan tak datang.....

Disini saya sertakan sedikit gambar sepanjang karnival berlangsung.. Harap semua berpuas hati...

 Persembahan Lompat Tali
 Motivasi bersama Imam Muda Hizbur
 Demonstrasi penyelamat oleh JPA
 Pertandingan Memasak "Jaguh Kuali Terbang, Riuh Sekampung, Periuk Melayang"
 Pertandingan Bercerita
Demonstrasi Kebakaran
 Pameran Agensi-agensi Kerajaan @ NGO
Info Race

Saturday 25 June 2011

Aktiviti hari ini

Aktiviti : Paper Frog Puppet
Tarikh: 25 Jun 2011 (Jumaat)
Jam : 3.30 petang







Thursday 23 June 2011

LaGi Promosi...

Promosi seterusnya ini berlangsung di SMV Nibong Tebal, bersemperna Sambutan Jubli Perak SMV Nibong Tebal yang ke-25. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya :-

- Dart Ilmu
- Dam Ular Gergasi
- Congkak
- Karom
- Mewarna
- Cari Benda Tersembunyi

Penyertaan terhadap semua aktiviti amat memberangsangkan...


Pn. Nor Hayati memberi goodies bag kepada Pengetua SMV Nibong Tebal

Petugas shif petang