Monday, 28 May 2012

Pertandingan Bercerita semperna Karnival Perpustakaan 2012

Tarikh : 25 Mei 2012
Tempat : Bilik Tayangan & Auditorium PPAPP
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang

Semperna Karnival Perpustakaan 2012 kali ini kakitangan Bahagian SPS telah dipertanggungjawabkan mengendalikan Pertandingan Bercerita untuk kanak-kanak PRA Sekolah, Sekolah Rendah Tahap 1 dan Tahap 2.



 Peserta Bercerita Pra Sekolah

 Peserta Bercerita Tahap 2

Monday, 21 May 2012

Aktiviti


Tarikh : 18 Mei 2012 (Sabtu)
Jam : 3.30 petang
Aktiviti : Membuat Sandwich








Friday, 18 May 2012

Sahhibba

Tarikh : 18 Mei 2012 (Jumaat)
Jam : 3.30 petang
Aktiviti : Sahibba



Thursday, 17 May 2012

Aktiviti Mingguan

Flower 3D
Tarikh : 10 Mei 2012 
Jam : 3.30 petang



Monday, 14 May 2012

Kursus Pembinaan Laman Blog

Tarikh : 15 Mei 2012
Jam : 9.00 pagi

Pembantu sedang mengikuti Kursus Pembinaan Laman Blog di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Seramai 19 peserta yang menyertainya. Kursus dikendalikan oleh Encik Zainur Fitri, En. Raja Izzad dan En Mirwazi


Tekun  belajar

Motivasi

Friday, 11 May 2012

Selamat Hari Ibu

Diucapkan selamat hari ibu buat seluruh kaum ibu dimana jua anda berada.


Mak,
Terima kasih kerana
Mengandungkan ku
Melahirkan ku
Menyusukan ku
Membesarkan ku
Menyekolahkan ku
Mendidik ku 
Tanpa rasa jemu
Tanpamu siapalah aku
Kasih sayangmu bagaikan lautan tak bertepian 

Mak,
Ku tahu kau sengsara
Ku tahu kau derita
Siang kau tersenyum
Malam kau kehibaan
Ku tahu mak ku tahu . . .

Mak,
Terima kasih
Atas setiap pengorbananmu
Atas setiap kesabaranmu
Atas setiap titisan air susumu
Atas setiap titis air matamu
Atas setiap gelak tawamu
Atas segala-galanya 
Yang tak terbalas oleh anak-anakmu
Terlalu besar untuk diungkapkan
Kau berkorban apa saja demi anak-anak tercinta
Agar menjadi manusia berguna


Mak,
Jasamu akan ku ingat dan ku semat
Di dalam lubuk hatiku yang dalam
Agar aku menjadi insan
Sekuat ... setabah mu
i love you mak

(Nurkilan Terpelihara ~ AzLynda ~)

Thursday, 10 May 2012

KEMPEN HARI TANPA GULA

TARIKH : 10 MEI 2012
MASA : 8.00 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA JAWI

ANJURAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN



PERKONGSIAN MAKLUMAT

Kenapa Perlu Tanpa Gula ?

Dewasa ini, peningkatan bilangan kes penyakit kronik seperti penyakit diabetis, penyakit hipertensi dan penyakit jantung dikaitkan dengan pelbagai faktor antaranya ialah pemakanan.

Ini kerana tabiat pemakanan yang kurang sihat seperti pengambilan makanan tinggi gula dalam tempoh yang lama akan mendedahkan seseorang individu kepada risiko untuk mendapat penyakit kronik

Justeru itu Kempen Hari Tanpa Gula dilakukan untuk mendidik semua golongan masyarakat terhadap kepentingan amalan mengurangkan pengambilan gula

Peranan Ketua Jabatan
  • Menyediakan makanan dan minuman tanpa gula setiap hari Khamis
  • Asingkan gula atau susu dengan minuman
  • Memperuntukan hanya seorang 1 sachet (5g) gula bagi setiap waktu makan pada hari Khamis
  • sediakan air kosong setiap kali makan


Kebaikan Tidak Mengambil Gula
  • Dengan mengurangkan gula kita dapat mengurangkan sebanyak (60-180kcal) setiap hari
  • Mengawal kenaikan berat badan
  • Mengurangkan berat badan dalam tempoh yang panjang
  • Mengurangkan bebanan kepada organ utama seperti Prankreas dan Ginjal
  • Mengurangkan kolestrol dalam darah

~ Kurang Manis Dalam Makanan Lebihkan Manis Dalam Senyuman~