Wednesday 9 January 2013

SINOPSIS BUKU BULAN JANUARI 2013

TAJUK BUKU: SEJARAH MAKKAH AL- MUKARRAMAH
DITERJEMAHKAN OLEH : ABU EZZAT AL-MUBARAK
CALL NO : 297.352 SEJ
NO BARKOD: 1000989145


Buku ini dipersembahkan khas buat tetamu-tetamu Allah SWT samaada meraka yang ingin menunaikan Ibadah Haji, Umrah ataupun mereka yang ingin mengkaji lebih dalam mengenai Makkah.
Walaupun buku ini tidak menceritakan secara lengkap, namun ia memaparkan sejarah serta kejadian yang memberi kesan secara langsung terhadap Kota Makkah dan perkembangannya, kesucian serta kedudukan agamanya. Dimulai dengan cerita tentang kesucian Kota Makkah Al-Mukarramah, sempadan dari tanah Haram (tempat perlindungan) dan kesuciannya, keunggulan kota Makkah dan disebutkan juga beberapa riwayat dalam hadith mengenai pelbagai peristiwa, selanjutnya menyebut nama-nama Kota mekah dan kepentingan nama-nama tersebut.

Selain daripada ini, pendedahan cerita Nabi Ibrahim dan puteranya Ismail A.S yang ada hubungkaitnya terhadap Makkah dan kesuciannya serta perkembangannya. Hal ini kerana Kota Makkah sendiri memperoleh kesecian dan kedudukan yang tinggi sejak dibina Kaabah di Kota tersebut. secara keseluruhannya buku ini menceritakan tentang Kaabah dan asal-usul didirikannya, hubungan hajar dan Nabi Ismail A.S dengan Kaabah. Apa yang terjadi dengan Kaabah apabila  Kaabah telah rosak dan dibangunkan kembali saat ini serta siapa yang menjaga Kaabah.Turut diceritakan mengenai tempat-tempat suci yang berhubung dengan Kaabah seperti Maqam  Ibrahim, Al- Hajar Al- Aswad, Al-Hijr dan Al-Multazam.
Sangat jelas diceritakan mengenai kewujudan perigi zamzam, sejarah, asal-usulnya, bagaimana digali kembali, keunggulannya, bagaimana airnya digunakan untuk menyembuh penyakit dan contoh-contoh yang nyata dan jelas berkaitan perigi Zamzam 

Turut diceritakan tentang penaklukan Kota Makkah dan kesan keseluruhan dalam sejarah Kota Makkah, masa hadapan Islan dan penyebarannya serta Kaabah dibersihkan dari  perkara-perkara yang berunsur Syirik dan Musyrikun. Ada beberapa tempat penting yang selalu dikenang setiap orang muslim apabila berada di Kota Makkah. kerana Kota tersebut  berkait rapat dengan tempat-tempat bersejarah Hira', Jabal Thawr, Arafat, Al-Muhassir, masjid Al-Khaif, Mudzalifah dan tanah perkuburan Al-Mu'alla

Diakhirnya pembaca akan mendapati bahagian yang menceritakan tentang Haji dan tatacaranya, kerana haji berkait rapat dengan Kota Makkah. Oleh yang demikianlah Kota ini akan sentiasa diingati di benak setiap orang muslim. Insyaallah

Tuesday 11 December 2012

Tuesday 9 October 2012



Tajuk buku                      : Dosa Bagai Madu Yang Beracun
Nama Pengarang             : Drs. Md. Isa Selamat
Call No                           : 297.23 DOS
No Barkod                     : 1000633518

Buku yang berjudul    Dosa Bagai Madu Yang Beracun” ini mengemukakan tentang permasaalahan maksiat dan dosa yang selalu terjadi dalam kehidupan manusia. Dosa memang terlalu nikmat dan indah untuk dilakukan oleh setiap manusia. Jika telah menjadi suatu kebiasaan  ia terlalu mudah dilakukan dan terlalu sulit untuk ditinggalkan. Namun dosa bagaikan racun yang akan menjerat leher dan menyeksa para pelakunya. Akhirnya kita akan menerima seksaan dari Allah swt., sekalipun dosa kecil tidak boleh main-main, meskipun amalan dosa itu selalunya dinikmati oleh hati yang berdosa. Sungguh nikmat dan menyeronokkan . tetapi bahayanya tidak dapat ditanggung  oleh orang yang mengamalkannya.

Dosa boleh menghijabkan hati, dosa juga mengundang kemurkaan Allah s.w.t. dosa  akan menyebabkan kita terhumban ke dalam api neraka.  Sebab itulah dosa itu juga disebut “madu” tapi ianya bukan mengubat sebaliknya boleh membunuh jiwa dan menutup segala keberkatan hidup. Bagi orang mukmin yang hatinya takut dengan dosa, amat terasa dosa itu ia bagaikan gunung yang sedang menghempapnya tetapi bagi orang fasiq, dosa itu bagaikan seekor nyamuk yang sedang hinggap di batang hidungnya. Bgitulah perumpaan tentang dosa yang digarapkan di dalam buku ini

Dosa dan maksiat akan tetap bersarang dalam sanubari kita, jika tidak diiringi dengan kebaikan dan taubat. Kerana dengan taubatlah gerbang untuk manusia menemukan kembali segala kebenaran. Berusahalah menjauhinya semoga kehidupan kita akan diberkati  dan balasannya bakal menanti di  syurga Illahi.

Friday 8 June 2012

Mewarna

Tarikh : 8 Jun 2012 ( Jumaat) 
Masa : 3.00 petang
Aktiviti : Mewarna Ladybug





Monday 28 May 2012

Pertandingan Bercerita semperna Karnival Perpustakaan 2012

Tarikh : 25 Mei 2012
Tempat : Bilik Tayangan & Auditorium PPAPP
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang

Semperna Karnival Perpustakaan 2012 kali ini kakitangan Bahagian SPS telah dipertanggungjawabkan mengendalikan Pertandingan Bercerita untuk kanak-kanak PRA Sekolah, Sekolah Rendah Tahap 1 dan Tahap 2.



 Peserta Bercerita Pra Sekolah

 Peserta Bercerita Tahap 2

Monday 21 May 2012

Aktiviti


Tarikh : 18 Mei 2012 (Sabtu)
Jam : 3.30 petang
Aktiviti : Membuat Sandwich