Wednesday, 9 January 2013

SINOPSIS BUKU BULAN JANUARI 2013

TAJUK BUKU: SEJARAH MAKKAH AL- MUKARRAMAH
DITERJEMAHKAN OLEH : ABU EZZAT AL-MUBARAK
CALL NO : 297.352 SEJ
NO BARKOD: 1000989145


Buku ini dipersembahkan khas buat tetamu-tetamu Allah SWT samaada meraka yang ingin menunaikan Ibadah Haji, Umrah ataupun mereka yang ingin mengkaji lebih dalam mengenai Makkah.
Walaupun buku ini tidak menceritakan secara lengkap, namun ia memaparkan sejarah serta kejadian yang memberi kesan secara langsung terhadap Kota Makkah dan perkembangannya, kesucian serta kedudukan agamanya. Dimulai dengan cerita tentang kesucian Kota Makkah Al-Mukarramah, sempadan dari tanah Haram (tempat perlindungan) dan kesuciannya, keunggulan kota Makkah dan disebutkan juga beberapa riwayat dalam hadith mengenai pelbagai peristiwa, selanjutnya menyebut nama-nama Kota mekah dan kepentingan nama-nama tersebut.

Selain daripada ini, pendedahan cerita Nabi Ibrahim dan puteranya Ismail A.S yang ada hubungkaitnya terhadap Makkah dan kesuciannya serta perkembangannya. Hal ini kerana Kota Makkah sendiri memperoleh kesecian dan kedudukan yang tinggi sejak dibina Kaabah di Kota tersebut. secara keseluruhannya buku ini menceritakan tentang Kaabah dan asal-usul didirikannya, hubungan hajar dan Nabi Ismail A.S dengan Kaabah. Apa yang terjadi dengan Kaabah apabila  Kaabah telah rosak dan dibangunkan kembali saat ini serta siapa yang menjaga Kaabah.Turut diceritakan mengenai tempat-tempat suci yang berhubung dengan Kaabah seperti Maqam  Ibrahim, Al- Hajar Al- Aswad, Al-Hijr dan Al-Multazam.
Sangat jelas diceritakan mengenai kewujudan perigi zamzam, sejarah, asal-usulnya, bagaimana digali kembali, keunggulannya, bagaimana airnya digunakan untuk menyembuh penyakit dan contoh-contoh yang nyata dan jelas berkaitan perigi Zamzam 

Turut diceritakan tentang penaklukan Kota Makkah dan kesan keseluruhan dalam sejarah Kota Makkah, masa hadapan Islan dan penyebarannya serta Kaabah dibersihkan dari  perkara-perkara yang berunsur Syirik dan Musyrikun. Ada beberapa tempat penting yang selalu dikenang setiap orang muslim apabila berada di Kota Makkah. kerana Kota tersebut  berkait rapat dengan tempat-tempat bersejarah Hira', Jabal Thawr, Arafat, Al-Muhassir, masjid Al-Khaif, Mudzalifah dan tanah perkuburan Al-Mu'alla

Diakhirnya pembaca akan mendapati bahagian yang menceritakan tentang Haji dan tatacaranya, kerana haji berkait rapat dengan Kota Makkah. Oleh yang demikianlah Kota ini akan sentiasa diingati di benak setiap orang muslim. Insyaallah