Sejarah


Kampung Changkat telah dibuka sudah berkurun lamanya. Menurut apa yang diceritakan oleh Ketua Kampung pada waktu itu iaitu En. Bahari Bin Abdullah, pada zaman dahulu ada satu pelayaran yang datang dari Sumatera. Pelayaran itu diketuai oleh En. Badaruddin yang merupakan nakhoda bahtera itu.
Dalam pelayaran itu En Badaruddin melalui Sungai Temgar ke Sungai Bukit Changkat, dalam pelayaran itu mereka terdampar di hulu Bukit Sungai Changkat. Disebabkan air Sungai Changkat cetek, jadi mereka semua tidak dapat bergerak kemana-mana. Demikianlah nama kampung ini diambil daripada keadaan sungai tersebut pada waktu itu.