Door To Door


Perpustakaan Desa Siber Ilmu Changkat juga menyediakan perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku dari rumah ke rumah, yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. PPAPP telah melancarkan perkhidmatan Pintu Ke Pintu (Door To Door) sebagai strategi baru melalui kempen membaca yang diperkenalkan di kawasan-kawasan luar bandar khususnya di kalangan komuniti sekitar perpustakaan desa.

Perkhidmatan ini menawarkan pinjaman 4 buah buku dan 1 buah majalah kepada penduduk setempat di rumah/Taska/Tadika/ Klinik berdekatan.
Objektif utama perkhidmatan ini ialah memberi kesedaran kepada masyarakat desa mengenai kepentingan ilmu pengetahuan dan pembelajaran sepanjang hayat serta menggalakan peningkatan keahlian dan penggunaan perkhidmatan perpustakaan