Baby Book


Pengenalan
Program Setiap Bayi Satu Buku ini bertujuan untum membantu ibu bapa dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak. Bahan bacaan asas bagi program ini adalah buku kain bertajuk 
Setiap Bayi Satu Buku/ Every Baby A Book.
Maklumat yang terkandung dalam buku ini merupakan maklumat yang bersesuaian dan berkeupayaan menarik minat bayi dan kanak-kanak

Kaedah Pembacaan Yang Berkesan

  • Pastikan pembacaan dilakukan pada setiap hari dan berterusan.
  • Tempoh pembacaan bergantung kepada minat dan perhatian kanak-kanak dan disyorkan di antara 5-30 minit
  • Jangan memaksa kanak-kanak sekiranya mereka tidak menunjukkan minat dan cuba lagi di masa lain yang sesuai
Objektif
  • Program memperkenal serta mendedahkan bayi dan kanak-kanak kepada dunia maklumat
  • Membantu ibu bapa memahami perkembangan asas pengetahuan kanak-kanak serta tahap kebolehan mereka dalam pembelajaran.
  • Memupuk minat membaca dan cintakan ilmu pengetahuan di peringkat awal kanak-kanak serta menggalakan peningkatan keahlian dan penggunaan perkhidmatan perpustakaan.


    Bagaimana Hendak Menggunakan Buku Ini.
    • Buku ini sesuai dan selamat digunakan kerana ia bebas toksik
    • Ibu bapa disaran terlibat dalam sesi taklimat yang dikendalikan PPAPP atau badan-badan yang berkenaan dengan program ini.
    • Ibu bapa disaran menggunakan koleksi perpustakaan secara berterusan supaya minat membaca dapat dipertingkatkan.
    • Ibu Bapa boleh merujuk kepada katolog Atas Talian (OPAC) untuk mendapatkan bahan bacaan tambahan.
    • Untuk maklumat terkini program ini, rujuk kepada laman web www.penanglib.gov.my/sbsb.jsp