Thursday 10 May 2012

KEMPEN HARI TANPA GULA

TARIKH : 10 MEI 2012
MASA : 8.00 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA JAWI

ANJURAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN



PERKONGSIAN MAKLUMAT

Kenapa Perlu Tanpa Gula ?

Dewasa ini, peningkatan bilangan kes penyakit kronik seperti penyakit diabetis, penyakit hipertensi dan penyakit jantung dikaitkan dengan pelbagai faktor antaranya ialah pemakanan.

Ini kerana tabiat pemakanan yang kurang sihat seperti pengambilan makanan tinggi gula dalam tempoh yang lama akan mendedahkan seseorang individu kepada risiko untuk mendapat penyakit kronik

Justeru itu Kempen Hari Tanpa Gula dilakukan untuk mendidik semua golongan masyarakat terhadap kepentingan amalan mengurangkan pengambilan gula

Peranan Ketua Jabatan
  • Menyediakan makanan dan minuman tanpa gula setiap hari Khamis
  • Asingkan gula atau susu dengan minuman
  • Memperuntukan hanya seorang 1 sachet (5g) gula bagi setiap waktu makan pada hari Khamis
  • sediakan air kosong setiap kali makan


Kebaikan Tidak Mengambil Gula
  • Dengan mengurangkan gula kita dapat mengurangkan sebanyak (60-180kcal) setiap hari
  • Mengawal kenaikan berat badan
  • Mengurangkan berat badan dalam tempoh yang panjang
  • Mengurangkan bebanan kepada organ utama seperti Prankreas dan Ginjal
  • Mengurangkan kolestrol dalam darah

~ Kurang Manis Dalam Makanan Lebihkan Manis Dalam Senyuman~


0 comments:

Post a Comment