Tuesday, 11 December 2012
Tuesday, 9 October 2012
Tajuk buku : Dosa Bagai Madu Yang
Beracun
Nama
Pengarang : Drs. Md. Isa
Selamat
Call No : 297.23 DOS
No Barkod : 1000633518
Buku yang
berjudul “ Dosa Bagai Madu Yang Beracun” ini mengemukakan
tentang permasaalahan maksiat dan dosa yang selalu terjadi dalam kehidupan
manusia. Dosa memang terlalu nikmat dan indah untuk dilakukan oleh setiap
manusia. Jika telah menjadi suatu kebiasaan
ia terlalu mudah dilakukan dan terlalu sulit untuk ditinggalkan. Namun
dosa bagaikan racun yang akan menjerat leher dan menyeksa para pelakunya.
Akhirnya kita akan menerima seksaan dari Allah swt., sekalipun dosa kecil tidak
boleh main-main, meskipun amalan dosa itu selalunya dinikmati oleh hati yang
berdosa. Sungguh nikmat dan menyeronokkan . tetapi bahayanya tidak dapat
ditanggung oleh orang yang
mengamalkannya.
Dosa boleh
menghijabkan hati, dosa juga mengundang kemurkaan Allah s.w.t. dosa akan menyebabkan kita terhumban ke dalam api
neraka. Sebab itulah dosa itu juga
disebut “madu” tapi ianya bukan mengubat sebaliknya boleh membunuh jiwa dan
menutup segala keberkatan hidup. Bagi orang mukmin yang hatinya takut dengan
dosa, amat terasa dosa itu ia bagaikan gunung yang sedang menghempapnya tetapi
bagi orang fasiq, dosa itu bagaikan seekor nyamuk yang sedang hinggap di batang
hidungnya. Bgitulah perumpaan tentang dosa yang digarapkan di dalam buku ini
Dosa dan
maksiat akan tetap bersarang dalam sanubari kita, jika tidak diiringi dengan
kebaikan dan taubat. Kerana dengan taubatlah gerbang untuk manusia menemukan
kembali segala kebenaran. Berusahalah menjauhinya semoga kehidupan kita akan
diberkati dan balasannya bakal menanti
di syurga Illahi.
Friday, 24 August 2012
Friday, 8 June 2012
Monday, 28 May 2012
Pertandingan Bercerita semperna Karnival Perpustakaan 2012
Tarikh : 25 Mei 2012
Tempat : Bilik Tayangan & Auditorium PPAPP
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Peserta Bercerita Pra Sekolah
Peserta Bercerita Tahap 2
Monday, 21 May 2012
Friday, 18 May 2012
Thursday, 17 May 2012
Monday, 14 May 2012
Kursus Pembinaan Laman Blog
Tarikh : 15 Mei 2012
Jam : 9.00 pagi
Tekun belajar
Motivasi
Labels:
Kursus
Friday, 11 May 2012
Selamat Hari Ibu
Terima kasih kerana
Mengandungkan ku
Melahirkan ku
Menyusukan ku
Membesarkan ku
Menyekolahkan ku
Mendidik ku
Tanpa rasa jemu
Tanpamu siapalah aku
Kasih sayangmu bagaikan lautan tak bertepian
Mak,
Ku tahu kau sengsara
Ku tahu kau derita
Siang kau tersenyum
Malam kau kehibaan
Ku tahu mak ku tahu . . .
Mak,
Terima kasih
Atas setiap pengorbananmu
Atas setiap kesabaranmu
Atas setiap titisan air susumu
Atas setiap titis air matamu
Atas setiap gelak tawamu
Atas segala-galanya
Yang tak terbalas oleh anak-anakmu
Terlalu besar untuk diungkapkan
Kau berkorban apa saja demi anak-anak tercinta
Agar menjadi manusia berguna
Mak,
Jasamu akan ku ingat dan ku semat
Di dalam lubuk hatiku yang dalam
Agar aku menjadi insan
Sekuat ... setabah mu
i love you mak
(Nurkilan Terpelihara ~ AzLynda ~)
(Nurkilan Terpelihara ~ AzLynda ~)
Thursday, 10 May 2012
KEMPEN HARI TANPA GULA
TARIKH : 10 MEI 2012
MASA : 8.00 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA JAWI
ANJURAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Kenapa Perlu Tanpa Gula ?
Dewasa ini, peningkatan bilangan kes penyakit kronik seperti penyakit diabetis, penyakit hipertensi dan penyakit jantung dikaitkan dengan pelbagai faktor antaranya ialah pemakanan.
Ini kerana tabiat pemakanan yang kurang sihat seperti pengambilan makanan tinggi gula dalam tempoh yang lama akan mendedahkan seseorang individu kepada risiko untuk mendapat penyakit kronik
Justeru itu Kempen Hari Tanpa Gula dilakukan untuk mendidik semua golongan masyarakat terhadap kepentingan amalan mengurangkan pengambilan gula
Peranan Ketua Jabatan
- Menyediakan makanan dan minuman tanpa gula setiap hari Khamis
- Asingkan gula atau susu dengan minuman
- Memperuntukan hanya seorang 1 sachet (5g) gula bagi setiap waktu makan pada hari Khamis
- sediakan air kosong setiap kali makan
Kebaikan Tidak Mengambil Gula
- Dengan mengurangkan gula kita dapat mengurangkan sebanyak (60-180kcal) setiap hari
- Mengawal kenaikan berat badan
- Mengurangkan berat badan dalam tempoh yang panjang
- Mengurangkan bebanan kepada organ utama seperti Prankreas dan Ginjal
- Mengurangkan kolestrol dalam darah
Saturday, 28 April 2012
Tuesday, 17 April 2012
PROMOSI SEMPERNA KARNIVAL AMAL JOM MAKAN
Tempat : Sekolah Kebangsaan Sri Tasek
9.30 pagi - 4.00 petang
Persembahan menarik Man Belon dan juga Idlan peserta Raja lawak Musim ke 4
Wednesday, 11 April 2012
Wednesday, 8 February 2012
Mesyuarat Bulanan Daerah S.P.S
Tarikh : 8 Febuari (Rabu)
Jam : 9.30 pagi - 11.00 pagi
Tempat : PDSI Changkat
Kehadiran
Pn. Nor Hayati Yusof Penolong Pegawai Perpustakaan Cawangan Jawi, Mohd. Zam Zam wakil Perpustakaan Pekan Simpang Empat, Roszita Rashid PDSI Lima Kongsi, Nor Azlinda Ali PDSI Changkat, Mariam Md Nor PDSI Sg. Acheh, Jamilah Abd. Latip PDSI Sg. Kechil, Sarizal Hapimi Sabudin PDSI Pmtg. Keling, Robiana Mat Said PDSI Sg. Duri, Siti Fitrah Musa PDSI Sg. Bakau, Yusnita Ishak PDSI Tasek,
Siti Sara Ismail PDSI Bukit Tambun.
Sambutan Maulidur Rasul 1433
Tarikh : 7 Febuari 2012
Jam : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Surau Nurul Hakim Jalan Baru Sungai Bakau
Program Mesra Waris 2012
Tarikh : 28 Januari 2012
Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Keledang Jaya Changkat
Subscribe to:
Posts (Atom)